Kelas Asas ICT ringkas telah diadakan bertempat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) RPR Sibujaya pada 11 September 2022 yang lepas, di mana kelas tersebut telah disertai oleh seorang peserta.
Petugas PEDi telah membantu peserta tersebut untuk membuat borang dengan menggunakan Microsoft Excel. Kelas yang berlangsung selama lebih dari satu jam ini telah membantu peserta tersebut untuk mengetahui fungsi dan kegunaan yang ada dalam Microsoft Excel terutamanya jenis-jenis carta dan kegunaannya.
Petugas PEDi turut membantu peserta tersebut untuk mengisi data yang dikehendaki di dalam carta tersebut dengan menggunakan format excel. Melalui kelas ini, diharap peserta tersebut akan dapat membuat carta dengan lebih tersusun dan cepat pada masa hadapan tanpa sebarang masalah.