Elak jadi mangsa scammer

Khamis – 1 September 2022, jemputan penceramah daripada wakil Bank Rakyat bertajuk Scammer. Dalam program ini juga PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi PPR Batu Gong dan PEDi Kpg Bako terlibat secara langsung bagi menjayakan program tersebut. Program ini dijayakan di sekitar Tadika Kemas Kpg Pasir Pandak. Tujuan program ini untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang bahaya Scammer dan bagaimana untuk elak menjadi mangsa Scammer. Program ini juga mendedahkan kepada pengguna agar berhati-hati dalam melayari internet terutamanya dalam Media Sosial dan urusan perbankan.

Selain itu, wakil daripada Ar-Rahnu juga sempat memberi sedikit taklimat berkaitan gadai emas. Banyak tips dan manfaat yang diperolehi daripada pihak Ar-Rahnu berkaitan gadai emas secara mudah dan selamat.

Melalui program kesedaran ini, diharap setiap pengguna dapat mempelajari tentang penggunaan internet secara bijak dalam kehidupan kita. Banyak pengajaran dan pengetahuan dalam program ini agar dapat bersama membendung penyalahgunaan internet. Semoga program ini akan dilanjutkan agar orang awam mempunyai kesedaran mengenai penggunaan internet.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *