Setelah dua tahun tidak meraikan Sambutan Hari Malaysia secara fizikal, Bintulu telah menjadi tuan rumah sambutan tersebut bagi peringkat negeri Sarawak yang diadakan pada 16 September 2022.
Majlis yang bertemakan KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA itu telah dihadiri sekurangnya 10,000 pengujung berbanding jangkaan 5000 orang oleh penganjur. Peristiwa ini amat penting bagi seluruh rakyat Malaysia memperingati hari bersejarah yang berlaku pada 16.september.1969.
Pada hari tersebut, terbentuklah sebuah negara gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang bernama Malaysia. Rakyat diseru agar sentiasa menanam semangat patriotisme di dalam diri agar sentiasa memperingati sejarah bagi menjadi masyarakat yg cinta akan negara. Dengan semangat tersebut, masyarakat akan hidup harmoni dan masa depan negara yang maju dapat direalisasikan.