PEDi Sibuti dengan kerjasama NZ Bunga Consultant telah mengadakan Kursus Latihan Pengendalian Makanan Siri 2. Kursus ini bertujuan untuk membantu para peniaga makanan mengetahui kaedah pengendalian makanan dengan betul dan selamat. Para peserta yang menyertai kursus ini juga akan diberikan sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Antara aktiviti yang dijalankan ketika kursus adalah taklimat pengendalian makanan, kuiz dan soal jawab bersama tenaga pengajar. Kursus ini telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom di Bilik Latihan, PEDi Sibuti. Bagi kursus Siri 2 ini, seramai 8 orang peserta yang telah menyertai kursus ini.