Program Santuni Komuniti Sepanjang Bulan Kebangsaan

Sepanjang berlangsungnya bulan kebangsaan, petugas PEDi Sebandi Ulu telah melancarkan Program Santuni Komuniti Sepanjang Bulan Kebangsaan. Program ini melibatkan beberapa urusan seperti MySejahtera, STAMPS Lhdn, usahawan dan pelbagai lagi.

Program ini mensasarkan terutamanya pengunjung PEDi yang jarang berkunjung ke PEDi bagi urusan-urusan berkaitan. Diantara intipati yang sepanjang program dilaksanakan ialah tatacara pengisian borang permohonan secara atas talian bagi STAMPS Lhdn. Pada peringkat awal pengenalan STAMPS, penggunanya hanya terdiri daripada syarikat, firma guaman, perbankan, agensi dan perniagaan yang berdaftar.

Selain memudahkan urusan dan mengurangkan pertemuan secara bersemuka antara orang ramai dan petugas kaunter duti setem sewaktu pandemik COVID-19 ini, perkhidmatan dalam talian STAMPS memastikan pemprosesan permohonan penyeteman tidak terjejas kerana Ejen mempunyai kemudahan membuat permohonan dan bayaran duti setem secara dalam talian sepenuhnya.

Selain itu terdapat pengunjung yang berhadapan dengan masalah aplikasi Mysejahtera yang tidak memaparkan sebarang perincian sijil vaksinasi juga turut diambil perhatian. Selain daripada urusan tersebut petugas PEDi sempat sembang santai bersama pengunjung PEDi berkenaan Bulan Kebangsaan yang bertemakan “ Keluarga Malaysia Teguh Bersama”. Semoga dengan kehadiran PEDi Sebandi Ulu dapat memberi manfaat untuk komuniti setempat.

Intipati program seperti berikut:

-Penerangan dan penyelesaian masalah
-Pengenalan kepada PEDi
-Sembang Santai Bulan Kebangsaan

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *