Kelas ICT, E-Learning & Advokasi

Pada 30 September 2022, PEDi Tj. Bowang telah mengadakan sebuah Program Kelas ICT, E-Learning & Advokasi Bertemakan Hari Kebangsaan Sesi Ogos – September bersama dengan 2 buah Tabika Kemas di daerah Singai iaitu Tabika Kemas Kg. Barieng dan Tabika Kemas Kg. Segong seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 30 September 2022
Masa: 8.30 am – 9.30 am & 10.00 am – 11.00 am
Tempat: Bilik Latihan PEDi Tj. Bowang
Tajuk Kelas: Kelas ICT Bertemakan Kenderaan Hari Kebangsaan
Bilangan Pelajar: 20 murid Tabika Kemas

Di dalam kelas ini, para pelajar telah diketengahkan dengan topik pembelajaran seperti berikut:

a) Jenis Kenderaan Semasa Perarakan Hari Kebangsaan

Pelajar telah dikongsikan dengan beberapa jenis kenderaan perarakan yang biasa dilihat ketika Hari Kemerdekaan iaitu seperti Kereta Kebal, Trak Tentera, Kereta Bomba, Kereta Polis, Pesawat Pejuang dan Helikopter.
b) E-Learning: Online Colouring (Mouse Manipulation)

Di dalam sesi, pelajar diminta untuk mewarnakan gambar mengikut tema warna Bendera Jalur Gemilang menggunakan laman web online-colouring.com
Sesi ini telah menguji keupayaan pelajar untuk menggunakan tetikus dan kebolehan mereka untuk mengenal pasti objek interaktif seperti palet warna dan subjek gambar yang ingin diwarnai.
c) E-Learning: Typing Rocket Junior Challenge (Keyboard Manipulation)

Typing Rocket Jr merupakan satu permainan atas talian berbentuk edukasi di mana ianya membantu kanak-kanak untuk belajar mengenal huruf di papan kekunci dan menaip.
Mereka diminta untuk meletupkan roket yang mengandungi paparan huruf dengan menaip huruf tersebut di papan kekunci.
Sesi ini turut telah menguji para pelajar untuk berupaya mengenal pasti huruf dan kedudukannya di papan kekunci agar lebih tangkas menyelesaikan permainan tersebut.
d) Sesi Advokasi: Permainan Online

Pelajar diingatkan agar tidak ketagih dengan Permainan Online yang tidak berfaedah.
Petugas PEDi Tj. Bowang turut berkongsi maklumat mengenai kandungan buku panduan melindungi anak di Internet agar dapat disampaikan kepada para ibu bapa kanak-kanak Tabika.
Kakitangan PEDi Tanjong Bowang amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu yang diberikan bersama dengan para pelajar dan diharapkan perkongsian yang disampaikan bermanfaat.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *