Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sg Lui telah mengadakan kelas lanjutan untuk sesi bertemu dengan usahawan tempatan khususya untuk sesi susulan setelah proses pendaftaran akaun shopee seller diadakan.
Proses ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana langkah dan proses – proses telah dilakukan oleh usahawan dan mencadangkan beberapa alternative untuk meningkatkan jumlah pelanggan di kedai Shopee dengan merangka jumlah respond atau maklum balas bagi setiap pembelian.
Sesi lawatan berlangsung selama 1 jam yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi.