Pusat Ekonomi Digital Keluarga Bengoh telah mengadakan Program Keusahawanan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang telah dianjurkan oleh NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari dengan penglibatan seramai 20 orang peserta.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk tempatan di kawasan Padawan dan sekitar Kuching. Terutama sekali mereka yang berminat dengan pengusahaan kecil-kecilan melibatkan produk makanan. Peserta-peserta yang terlibat merupakan golongan usahawan tempatan dan kecil-kecilan yang memulakan perniagaan mereka berasaskan Home based.
Menariknya lagi, kursus latihan ini mengeluarkan sijil yang disahkan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dimana ini adalah sijil yang wajib bagi perniaga makanan, tidak kira Home-based ataupun mereka yang memiliki permis perniagaan sendiri. Sekiranya, perniaga makanan tidak memiliki Sijil Pengendali Makanan yang sah, mereka boleh disabitkan denda maksimum sebanyak RM10000 dan 2 tahun penjara.
Kursus Latihan Pengendali Makanan ini telah dijalankan secara online dan dikendalikan oleh penceramah berpengalaman Pn. Nur Nadiah binti Shahrom dari NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kursus ini merangkumi 4 seksyen iaitu Pengenalan kepada kepentingan latihan pengendali makanan, Kebersihan makanan, Keselamatan makanan, dan Faktor-faktor kritikal keracunan makanan.
Untuk kursus yang memakan masa selama 3 jam ini juga, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Bengoh juga turut menyediakan sedikit jamuan ringan untuk dinikmati oleh peserta, sambil mereka menjawab kuiz online yang disediakan oleh pihak penganjur. Perkongsian pendapat juga turut dikongsi oleh peserta-peserta sepanjang tempoh kursus.
Di akhir kursus, peserta diterangkan dengan objektif dan misi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, serta bantuan yang pihak kami dapat berikan seperti menyediakan Kursus Keusahawanan seperti ini. Turut diterapkan juga adalah Modul Klik dengan Bijak: Jom Kenal Pasti Maklumat Palsu. Pengetahuan mengenalpasti maklumat palsu amatlah penting untuk mengelakkan masyarakat terpengaruh dengan penyebaran maklumat palsu tersebut dalam kalangan masyarakat, yang dapat menimbulkan rasa cemas dan sangsi. Justeru itu, kami di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Bengoh mengambil kesempatan ini untuk berkongsi info-info tersebut kepada peserta-peserta yang hadir.
Melalui kursus dan pendedahan kepada isu tipu tawaran kerja dalam talian ini, kami berharap agar pesanan yang positif dapat dikongsi bersama dan bermanfaat kepada peserta dalam mengembangkan perniagaan mereka.