Kelas Asas Shopee

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu kelas Shopee bagi memberi penerangan kepada usahawan setempat yang ingin belajar menggunakan aplikasi Shopee bagi mengembangkan perniagaan mereka pada 28 Oktober 2022. Seramai 8 orang usahawan telah datang ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) RAKR Kusial Bharu.

Usahawan yang hadir telah diberi penerangan oleh Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia RAKR Kusial Bharu iaitu Encik Nik Ayub mengenai perisian Shopee dan juga ada beberapa usahawan telah mendatfar pada hari tersebut menggunakan Latihan yang diberikan oleh mereka. Mereka juga telah dilatih bagaimana ingin menyunting beberapa perkara asas seperti kos penghantaran dan penggunaan kod diskaun bagi kedai mereka.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *