Menghasilkan Resume Menggunakan Canva

PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook bertajuk ‘Kelas Ict: Resume Menggunakan Canva” menggunakan aplikasi StreamYard yang dikendalikan oleh Cik Aina Syamimi dari PEDi Repek. Kelas yang bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang, dimulakan dengan Cik Aina berkongsi cara membuat resume dan tips membuat resume menggunakan aplikasi Canva.

Kelas resume menggunakan aplikasi canva adalah untuk penonton dan pengguna facebook yang sedang atau berminat untuk memohon pekerjaan. Kelas membuat resume ini merupakan satu langkah persediaan awal bagi memohon perkerjaan sebaik mungkin. Cik Aina memberi penjelasan tentang aplikasi Canva yang mempunyai pelbagai kelebihan lebih-lebih lagi dalam penyediaan resume yang terkini.

Kelas ini dimulakan dengan perkongsian cara membuat cari resume yang boleh dimuat turun tanpa perlu membuat pembayaran. Kemudian beliau menerangkan cara untuk mengedit tulisan, saiz tulisan yang sesuai digunakan untuk resume, cara menukar jarak tulisan dan perkara yang perlu ada dalam sesebuah resume.

Beliau juga berkongsi tips membuat resume berdasarkan pengalaman beliau dan beliau berkongsi bagaimana tips meminta pekerjaan serta cara menulis di dalam resume berdasarkan pengalaman beliau bersama panel penemuduga. Justeru itu, kakitangan amat mengalu-alukan para pelajar setempat untuk ke PEDi berdekatan bagi mempelajari kelas-kelas ICT yang dianjurkan bagi melahirkan komuniti yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi era yang serba canggih ini.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *