Pada 4 November 2022 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas latihan asas Microsoft Word kepada para pelajar sekolah rendah SK Batang Maro. 5 orang peserta telah mengikuti kelas ini. Objektif utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan menaip kepada para peserta cilik. Selain itu, mereka turut diberi bimbingan untuk membuat peta minda dengan menggunakan Microsoft Word.
Melalui kelas ini, para peserta akan mengetahui asas-asas Microsoft Word seperti memasukkan shape, menukar saiz tulisan, menukar border shape, menukar warna dan jenis tulisan, dan menyusun atur isi kandungan agar terhasilnya peta minda yang boleh digunakan untuk ulangkaji pelajaran.