Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung selama 1 jam. Kelas yang bermula pada pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi tersebut dihadiri oleh 2 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu. Kelas tersebut memberi fokus kepada pembelajaran untuk membuat poster menggunakan Microsoft Publisher.
Sebagai pengenalan, pelajar telah diberikan pengenalan ringkas kepada poster dimana ianya merupakan karya seni atau reka bentuk grafik yang memuat komposisi gambar dan huruf di atas kertas berukuran besar. Pengaplikasiannya dengan ditampal pada dinding atau permukaan datar lain dengan sifat menarik perhatian orang ramai. Di samping itu, beberapa contoh poster yang terdapat di internet telah digunakan sebagai rujukan mereka semasa membuat poster.
Pelajar juga diberi tips bagaimana penggunaan warna yang menarik dan jenis tulisan yang sesuai digunakan bagi menghasilkan poster yang menarik. Sebagai pelengkap kelas asas Microsoft Publisher, pelajar didedahkan cara memuatnaik gambar samada melalui simpanan fail atau muat turun dari carian internet (insert online picture), menyusun susunan gambar dalam poster, menukar warna latarbelakang poster (page insert) dan menyimpan poster yang sudah siap dihasilkan ke dalam fail simpanan.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada tajuk
- Latihan menghasilkan poster bersempena Hari Natal
- Bersurai