Kelas advokasi telah dijalankan pada 5 November 2022. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah. Kelas berlangsung di Bilik Latihan PEDi Nanga Sekuau selama 1 jam bermula dari 9 pagi dan tamat pada 10 pagi. Untuk kali ini, mereka didedahkan maksud module E-Waste.
Mereka diberitahu bahawa pentingnya mengitar semula bahan terpakai seperti telefon yang telah rosak. Mereka juga diberi pendedahan berkaitan dengan penyalahgunaan internet. Bagi memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan module yang diajar mereka dipertontonkan dengan video yang berkaitan.