Kelas Lanjutan Asas Ms. Word

PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas Lanjutan Asas Ms. Word untuk mendedahkan peserta dengan cara pengoperasian Microsoft Word. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh dua (2) orang peserta yang masing-masing berumur 10 dan 11 tahun. Kelas merupakan lanjutan kepada kelas Asas Ms. Word sebelum ini. Terlebih dahulu, peserta dekenalkan dengan tab insert yang terdapat pada ribboon di Ms. Word.

Mereka dibawa untuk menerokai tab tersebut yang berkisar kepada memasukkan muka hadapan dokumen, menambah halaman baru, memasukkan jadual, memasukkan gambar, bentuk, smart art dan chart ke dalam ms. word. Untuk aktiviti selingan, peserta dibawa untuk melayari laman carian google untuk mencari gambar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam dokumen.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

-Peserta mengenal fungsi tab insert pada ribbon di Ms. Word.
-Peserta mampu mencari gambar menggunakan carian google.
-Peserta mengetahui asas pengoperasian microsoft word khususnya penggunaan tab insert.
-Peserta dibimbing untuk menghasilkan tugasan secara hands on menggunakan microsoft word

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *