Latihan Pemantapan ICT – Educational Learn

Pada sesi pembelajaran kali ini peserta diminta untuk menyiapkan tugasan menggunakan apps Quick, Draw! dan Google Images. Petugas menerangkan cara untuk melaksanakan aktiviti dimana setiap peserta perlu melukis gambar mengikut perkataan yang dipaparkan di skrin komputer. Peserta dibenarkan untuk menggunakan google images untuk mendapatkan maklumat gambar untuk lukisan mereka.

Melalui aktiviti ini dapat meningkat kemahiran berfikir dan teknik melukis mereka menggunakan komponen komputer seperti tetikus. Selain itu dapat menguji tahap pengetahuan mereka terhadap penggunaan perkataan didalam Bahasa Inggeris

Bagi sesi kedua peserta membuat latihan pembelajaran menggunakan applikasi atas talian, Quizizz. Quizizz boleh digunakan secara percuma dan tidak memerlukan peserta untuk log masuk. Melalui Quizizz seseorang dapat mencipta kuiz baharu atau mencuba kuiz yang telah tersedia yang dicipta oleh pengguna Quizizz, mereka hanya perlu memasukkan kod yang diberikan.

Sesi pada kali ini dihadiri oleh 4 orang peserta lelaki yang merupakan ahli PEDi Presint 9 Fasa 10 dan berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *