E-Sisa

PEDi Lubok Antu telah melaksanakan Program Advokasi iaitu E-Sisa. Program ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 14:00 petang hingga 16:00 petang dan bertempat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Lubok Antu. Program ini telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada komuniti tempatan.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kategori barang e-sisa dan mewujudkan kesedaran terhadap cara menguruskan pembuangan barang e-sisa. Staf yang bertugas memberi penerangan apakah maksud e-sisa dan contoh barang buangan e-sisa kepada para peserta. Melalui program ini para peserta didedahkan dengan impak negatif kepada alam sekitar,hidupan akuatik dan pada manusia jika pembuangan e-sisa tidak menggunakan kaedah secara mesra alam.

Pihak PEDi Lubok Antu juga telah menjelaskan bahawa PEDi merupakan salah satu wakil dimana orang awam boleh menghantar barangan e-sisa yang ingin dilupuskan. Selesai dengan penerangan,sesi soal jawab dibuka kepada para peserta. Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada orang ramai akan pelaksanaan pembuangan barang e-sisa dengan kaedah yang betul.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  1. Pengenalan kepada Program Advokasi E-Sisa.
  2. Sesi soal jawab tentang E-Sisa.
  3. Rumusan berkaitan E-Sisa.
  4. Bersurai

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *