Live Streaming Bertajuk Teknologi dan Anda

Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Engkilili telah mengadakan Live Streaming melalui Facebook Page PEDi Engkilili. Live Streaming yang bertajuk teknologi dan and aini menekankan mengenai pengurusan risiko iaitu oversharing dan maklumat palsu. Live Streaming ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengguna terutamanya para pengguna internet untuk selalu berwaspada dan beretika ketika menggunakan internet.

Disamping itu juga, dalam Live Streaming ini juga Pengurus PEDi Engkilili turut berkongsi video bertajuk “Tahukah Anda Identiti Sebenar Orang Internet” dan “Berita Palsu”. Selain itu, dalam Live Streaming ini juga Pengurus PEDi juga turut berkongsi tentang apa itu oversharing.

PEDI Engkilili telah menyediakan Google Form untuk mengumpul jumlah peserta. Live Streaming ini diadakan selama satu jam iaitu bermula pada pukul 1200 tengahari dan berakhir pada pukul 1 petang.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *