Selasa petugas PEDi telah mengadakan kelas shopee secara personal kepada seorang peserta wanita. Tujuan ia diadakan bagi meneruskan program untuk menjana pendapatan melalui platform e-dagang kepada komuniti setempat.
Antara modul yang telah diberikan adalah cara untuk mengemaskini profil dan kedai, cara menghias profil kedai, tatacara memasukkan produk yang akan dijual, cara menggunakan diskaun atau voucher serta memberi hadiah kepada pengikut. Peserta kemudian diajar cara untuk mendapatkan pautan yang akan digunakan untuk membuat posting di media sosial dan whatsapp broadcast.
Walaupun hanya diajar secara personal, namun petugas mengetahui masa adalah antara cabaran di kalangan usahawan untuk mereka mempelajari platform e-dagang. Petugas sedia untuk membantu usahawan bagi memenuhi hasrat mereka dan berkongsi ilmu yang ada.