Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, Selasa 07 November 2022 – Kementerian Haji dan Umrah melancarkan NUSUK (nusuk.sa), platform digital bersepadu Arab Saudi yang menawarkan pintu masuk perancangan yang mudah digunakan untuk perjalanan jemaah umrah dan pelawat ke Makkah serta Madinah. E-platform ini bertujuan meningkatkan pengalaman umat Islam dari seluruh dunia melawat Arab Saudi dan memudahkan prosedur ketibaan pelawat menunaikan umrah.
NUSUK dilancarkan dengan kerjasama dan perkongsian dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi untuk menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan di seluruh ekosistem Visit Saudi termasuk memudahkan visa, permit, proses tempahan dan prosedur.NUSUK adalah antara inisiatif Program Pengalaman Jemaah Wawasan 2030.
Kami di Pusat Internet Komuniti Jeram menyediakan kemudahan internet supaya dapat membantu komuniti setempat untuk mengerjakan umrah dan Haji. Staff PEDi membantu Jemaah Haji/Umrah untuk mengendalikan aplikasi EATMARNA, memudahkan komuniti dapat menggunakan aplikasi dengan baik.
NUSUK menyediakan maklumat dan pelbagai perkhidmatan untuk jemaah dan pengunjung, membolehkan mereka melakukan ibadah umrah dengan mudah dan selesa.Memetik laporan Saudi Gazette, ia juga akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memperkaya pengalaman keagamaan dan kebudayaan kepada pengunjung.NUSUK turut menawarkan pelbagai pakej dan program untuk menambah baik dan memperkaya pengalaman umat Islam mengunjungi Makkah dan Madinah.
Menteri Haji dan Umrah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Pengalaman Jemaah, Dr Tawfiq Al-Rabiah menjelaskan, NUSUK adalah kesinambungan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah dengan menggunakan teknologi terkini.
Selain itu, NUSUK bersama beberapa agensi kerajaan, akan berusaha untuk memudahkan prosedur dan membolehkan jemaah dan pengunjung menikmati perjalanan rohani secara maksimum.