Malaysia ICT Volunteer

PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengikuti Program Sembang Santai Malaysia ICT Volunteer (MIV) peringkat Wilayah Persekutuan, yang dijalankan secara atas talian menggunakan platform zoom dan di hadiri oleh sukarelawan MIV termasuk petugas Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Ts. Katirawaan Rajadran, Timbalan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Persekutuan dan Puan Juliana Irni Jamaludin, Penolong Pengarah Pejabat SKMM Wilayah Persekutuan bertindak sebagai host dalam pelaksanaan aktiviti ini

Program ini diadakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit ketika berlangsungnya program MIV peringkat Wilayah Persekutuan selama 3 bulan yang akan berakhir pada 22 November 2022. Disamping itu juga sukarelawan – sukarelawan MIV juga berkongsi perkembangan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Sesi sembang santai diadakan selama 1 jam bermula pada pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *