PEDi Presint 18 telah mengikuti kelas FB Ads secara atas talian menggunakan Zoom. Aktiviti ini di hadiri oleh semua RD Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi). Di kelola oleh Encik Abu Khalaf Bin Khalid yang merupakan tenaga pengajar bagi kelas FB Ads. Kelas FB Ads ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mendalami ilmu FB Ads sebagai usahawan dan juga tenaga pengajar untuk usahawan-usahawan yang hadir ke PEDi.
Antara pembelajaran yang diketengahkan dalam kelas FB Ads ini adalah dari segi penggunaan USP, Sasaran pelangganWhatsapp Flow, Copywriting, dan poster. Dengan adanya kelas FB Ads yang juga ditekankan kepada cara untuk setting system di FB Ads dapat menambahkan lagi pengetahuan dan juga dapat menyampaikan ilmu yang berkaitan kepada usahawan-usahawan yang hadir untuk belajar menggunakan FB Ads bagi memajukan lagi perniagaan mereka.