Kursus Penyelenggaraan Bangunan & Persekitaran Kompleks

Untuk kesekian kalinya, pihak PRISMA bekerjasama dengan PEDi Daro menganjurkan bengkel dan kursus untuk para kontaktor. Kali ini kursus yang dianjurkan adalah Kursus Penyelenggaraan Bangunan & Persekitaran Kompleks (B24). Kursus ini dilangsungkan selama lima hari bermula 2 November 2022 dan berakhir pada 6 November 2022 dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Daro. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada para kontraktor yang bergiat aktif di daerah Daro dan daerah sekitarnya.

Antara pengisian kursus ini dari hari pertama sehingga hari terakhir adalah;

Pengenalan Pengurusan Penyelenggaraan
Perolehan Alat dan Peralatan
Baik Pulih Bangunan
Cara membuat proposal Baik Pulih Bangunan
Perbentangan Penyelenggaraan Bangunan

Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai kontraktor yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *