Pusat Ekonomi Digital Kg Karangan telah bersama mengikuti satu sesi perkongsian Klik Dengan Bijak anjuran PEDi Lawang dengan kerjasama PEDi Kg.Repek dan PEDi Kg Gajah secara live di Streamyard Live di platform Facebook Pusat Ekonomi Digital Lawang. Perkongsian pada kali ini dikendalikan oleh Pengurus PEDi untuk topik KDB Penyebaran Maklumat Palsu. Berita palsu merupakan sejenis kewartawanan kuning atau propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat salah atau olok-olok secara sengaja melalui media akhbar tradisional, media penyiaran mahupun media sosial dalam talian.
Antara intipati yang dibincangkan pada slot kali ini adalah pengenalan kepada maklumat palsu, kenapa maklumat palsu dicetuskan, apakah ciri-ciri yang ada pada maklumat palsu, kesan-kesan terhadap keselamatan, ekonomi dan politik. Pihak PEDi juga turut membincangkan cara mengatasi dan mengenalpasti maklumat palsu serta kesimpulan terhadap isu yang dikupas.
Antaranya adalah pertimbangkan sumber untuk memahami misi dan tujuannya. Baca melewati tajuk berita untuk memahami seluruh cerita. Periksa penulisnya untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan. Nilai sumber-sumber menyokong untuk memastikan dakwaan disokong. Lihat tarikh siaran sama ada cerita itu relevan dan terbaharu.
Tanya adalah berita itu adalah sekadar gurauan atau ditujukan sebagai iklan semata-mata. Cermin pendirian diri sama ada ia mempengaruhi pertimbangan anda dan terakhir, tanya pakar-pakar untuk pengesahan daripada sumber pengetahuan berkecuali.
Pihak PEDi berharap, perkongsian pada kali dapat memberi kesedaran dan ingatan berpanjangan kepada komuniti. Pihak PEDi sendiri berwaspada dan berhatui-hati supaya sentiasa menjadi pengguna yang bijak dalam semua perkara.