Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kodiang telah mengunjungi SMK Tunku Bendahara untuk membantu para pelajar dalam menjawab sistem pentaksiran psikometrik. Pihak PEDi telah bekerjasama dengan pihak guru kaunseling bagi menjayakan aktiviti tersebut. Pada hari kejadian, seramai 148 orang pelajar yang telah terlibat dalam aktiviti yang diadakan di bilik kaunseling SMK Tunku Bendahara itu.
Para pelajar juga turut menggunakan tablet PEDi sebagai medium untuk menjawab pentaksiran yang dikehendaki. Ini telah membantu pihak guru dan pelajar dalam mempercepatkan proses aktiviti tersebut.
Sesi ini berlangsung dari jam 9:00 pagi sehingga 12:30 tengahari selama 3 hari iaitu dari 22 November hingga 24 November 2022.