Pada 4 Disember 2022 jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, petugas PEDi Sebandi Ulu telah mengadakan Kelas Advokasi Jenayah Siber untuk pelajar sekolah rendah pada cuti hujung minggu untuk mengisi masa lapang pelajar. Kelas ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada generasi baharu tentang jenayah siber yang semakin membimbangkan pada era kini disamping dapat melahirkan masyarakat yang sihat.
Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan pelajar sekolah dalam menangani jenayah siber.
Intipati program adalah seperti berikut:
Penerangan tentang Jenayah Siber
Soalan & Jawapan