PEDi Bekenu telah mengikuti Karnival Usahawan Sahabat AIM Miri 2022 yang bertempat di Padang Majlis Bandaraya Miri. Matlamat PEDi terlibat dalam program ini adalah untuk merapatkan hubungan dengan pihak Kelab Usahawan Ikhtiar Miri (KUIM) di samping dapat mempromosikan fungsi PEDi bagi menarik lebih ramai komuniti berkunjung ke PEDi serta dapat membantu usahawan kecil dalam mendigitalisasikan perniagaan mereka.
Antara aktiviti yang diadakan di booth PEDi adalah Teka Silang Kata Klik Dengan Bijak, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Warga Emas, memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat serta pelbagai kelas ICT dan keusahawanan yang dijalankan di PEDi.