Peniaga vs Usahawan

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Spaoh (PEDi Spaoh) telah menyediakan video bertajuk “Peniaga vs Usahawan” yang berdurasi 1 minit 15 saat. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk memberikan input berkaitan perbezaan antara peniaga dan usahawan.

Orang ramai sering salah faham dan menganggap bahawa peniaga dan usahawan adalah entiti yang sama. Tidak semua peniaga adalah usahawan, namun semua usahawan adalah peniaga. Usahawan bermula sebagai seorang peniaga sebelum mengembangkan perniagaan mereka untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Peniaga pula cenderung untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan dan mengekalkan skala perniagaan mereka bagi menyara diri dan keluarga.

Ciri-ciri utama perbezaan antara peniaga dan usahawan yang dibincangkan dalam video tersebut ialah:

Takrif utama
Pengambilan risiko.
Skala perniagaan.
Pengurusan dan kepimpinan.
Penggemblengan sumber.
Orientasi terhadap peluang.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video tersebut mampu membantu masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia keusahawanan dan seterusnya berminat untuk menceburi bidang keusahawan, sekaligus meningkatkan kualiti kehidupan komuniti setempat.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *