Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Semuba telah Kelas Asas ICT Mencari Maklumat Pembelajaran Di Dalam Laman Sesawang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. Kelas ini telah diadakan pada 17 Disember 2022 pada jam 2 petang sehingga 3 petang. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi memberi penerangan cara untuk menggunakan komputer untuk mencari maklumat.
Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar sekolah untuk membiasakan diri untuk menggunakan komputer dan untuk mengajar pelajar mencari maklumat pembelajaran pelajar. Di dalam kelas ini pelajar diajar untuk mencari maklumat dari sumber yang benar dan sahih, selain itu staff PEDi juga mengajar pelajar cara untuk menyalin maklumat dan gambar yang berkaitan daripada laman sesawang ke dalam Microsoft Word supaya pelajar dapat mencetak maklumat tersebut. Hasil dalam kelas ini, dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan Microsoft Word kepada pelajar.