PEDi Bengoh telah mengadakan kelas e-Learning iaitu aktiviti mewarna secara dalam talian bersama dengan seorang pelajar prasekolah dari komuniti setempat yang datang ke PEDi pada musim cuti sekolah. Kelas tersebut berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 3 petang sehingga 4 petang.
Di dalam sesi tersebut, pelajar diminta untuk mewarna gambar mengikut tema warna menggunakan laman web online-colouring.com. Sesi ini menguji keupayaan pelajar tersebut untuk menggunakan tetikus dan kebolehan beliau untuk mengenal pasti objek interaktif seperti palet warna dan subjek gambar yang ingin diwarnai.
Di samping itu, pelajar turut dibawa untuk menonton video Klik Dengan Bijak tentang tajuk Buli Siber. Pelajar tersebut turut diberi pendedahan awal mengenai jenayah buli siber di kalangan kanak-kanak pada masa kini.