Kelas Asas Komputer

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 3 dan 4. Seramai 39 orang pelajar Tabika Kemas Kaktus telah menhadiri kelas ini. Mereka terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya.

Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar matematik sambil bermain dalam aktiviti (Molly Up to Ten) di laman web www.abcya.com. Selain itu, mereka juga belajar mengira dalam aktiviti di laman web (Digipuzzle.net). Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman Gummy Bears dan tayangan video Didi and Friends- Semut Berkawad.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *