Kursus Pemantapan Jati Diri

Sabtu, 14 Januari 2023 – Program Advokasi KDB ini dijalankan bersama dengan Kursus Pemantapan Jati Diri anjuran AJK Masjid Al-Falah, Kampung Tabuan Hj. Drahman dan JAKIM Negeri Sarawak. Program ini melibatkan seramai 29 orang peserta. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada warga belia khasnya yang berkaitan kecelikan ICT dan internet. Program ini memfokuskan kepada isu-isu semasa seperti jenayah siber, maklumat palsu dan “oversharing” yang sering menghantui masyarakat khasnya anak-anak muda. Program ini dianjurkan bersama-sama dengan Jawatankuasa Masjid Al Falah Tabuan Foochow, PEDi PPR Taman Malihah, PEDi PPR Taman Dahlia, PEDi Kg Pasir Pandak dan PEDi Kg Bako.

Kelebihan program ini adalah peserta secara langsung dapat ilmu dan maklumat mengenai kecelikan berkaitan dengan internet dan ICT. Ini penting agar perkara tidak diingini dapat dihindari dengan lebih awal dan tidak memakan diri peserta itu sendiri pada masa akan datang khasnya penipuan pelbagai sindiket seperti “Love Scam”, “Macau Scam” dan sebagainya.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *