Copywriting atau ayat iklan membawa maksud ayat jualan atau ayat promosi atau ayat memujuk pelanggan atau apa sahaja dengan objektif untuk mempengaruhi prospek, dan seterusnya membuat mereka bertindak untuk membeli. Copywriting sangat penting bagi membantu usahawan media sosial mempromosikan produk mereka dengan cara yang lembut dan berkesan. Terdapat beberapa elemen penting yang perlu ada dalam membuat copywriting yang baik seperti ayat menarik perhatian prospek, boleh mempengaruhi emosi prospek, dapat meyakinkan prospek, dan akhirnya membuatkan prospek untuk bertindak iaitu membeli.
Oleh itu, pada 15 Januari 2023, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu pembelajaran secara atas talian melalui platfom laman sesawang Facebook Page dan saluran Youtube PEDi Sibuti yang bertajuk “Kelas Keusahawanan Bahagian 1: Tips dan Langkah Membuat Copywriting yang Baik”. Objektif pembelajaran secara atas talian berkenaan adalah untuk membantu usahawan khususnya usahawan media sosial membuat copywriting yang bermutu dan baik dengan tujuan mendapatkan pelanggan.