Pada 20 Januari 2023 hari Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal telah berjaya menganjurkan kursus pemasaran digital untuk 12 usahawan terdiri daripada usahawan setempat. Kelas ini diadakan selama 8 jam bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang.
Objektif utama kelas ini menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai medium keusahawanan disamping membantu para peniaga menggunakan aplikasi tiktok sebagai platform perniagaan bagi menjana pendapatan sampingan seiring dengan fenomena aplikasi media sosial tiktok yang boleh menjana pendapatan dengan mudah dan cepat.
Antara lain-lain modul seperti Tiktok Business, Tiktok Affiliate, Tiktok Shop, TikTok Seller, Content Creator, dan modul utama pemasaran TikTok yang ditelah dikendaikan oleh Faris Matorse, Cik Asyidah (Rakan Digital) dan Encik Ilham selaku tenaga pengajar.