Pada 28 Januari 2023, Sabtu yang lalu, PEDi Lawang telah mengadakan Kelas Asas Shopee selama dua (2) jam yang bermula pada pukul 10.00 am hingga 12.00 pm. Seramai satu (1) orang peserta telah mengikuti Kelas Asas Shopee. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk memulakan perniagaan di platform e-dagang; Shopee. Selain itu, dalam kelas asas Shopee ini juga diberi tunjuk ajar untuk membina kedai di Shopee dan juga bagaimana cara untuk memuat naik gambar produk serta keterangan di dalam kedai online Shopee.
Shopee merupakan salah satu platform yang disediakan khas untuk para peniaga menjual produk secara dalam talian “online”. Shopee juga antara platform jualan online yang terbesar di Malaysia. Pendaftaran di Shopee adalah percuma. Platform Shopee juga tidak memerlukan SSM. Jika anda tiada Sijil Perniagaan, anda tidak perlu risau kerana anda boleh sahaja menjual di Shopee. Kepercayaan pelanggan membeli di Shopee amat tinggi kerana adanya jaminan dari pihak Shopee. Kos penghantaran produk menjadi murah jika kita mendaftar logistik dengan pihak Shopee. Shopee ada menawarkan diskaun penghantaran. Hal ini merupakan salah satu sebab mengapa pelanggan dan penjual suka membeli dan menjual di Shopee.
Di dalam sesi pada hari tersebut, staf PEDi telah menerangkan bagaimana cara mengakses Seller Centre, menambah atau memuatnaik produk baru, panduan mengambil foto produk yang sempurna, program subsidi penghantaran di shopee, dan banyak lagi program-program di platform Shopee telah diberi tunjuk ajar di kelas ini. Peserta diajar tentang persediaan kedai, memasarkan kedai, serta menghantar pesanan.
Seterusnya, staf PEDi juga turut berkongsi tentang cara untuk memuat naik produk. Terdapat lima langkah penting yang perlu diikuti iaitu; 1. Tambah Produk Baru, 2. Tambah Nama Produk dan Kategori Produk, 3. Tambah Penerangan Produk, 4. Tambah Imej Produk dan akhir sekali, 5. Tambah Maklumat Penghantaran. Pilih kategori yang sesuai untuk produk yang anda ingin muat naik di Shopee, dan tekan seterusnya. Elakkan memilih “Lain-lain” dalam pilihan sub-kategori. Produk yang dikategorikan dengan betul dan mempunyai maklumat produk terperinci akan mendapat lebih banyak paparan.
Semoga Kelas Asas Shopee ini memberi manfaat kepada komuniti yang ingin menambah pendapatan dalam perniagaan yang baru dibina.