SKMM baru-baru ini telah melancarkan sambutan ulang tahun ke -10 Klik Dengan Bijak (KDB) pada 17 Januari 2023. Klik dengan bijak mula diperkenalkan oleh SKMM pada 2012 bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan internet.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil,bersempena dengan tema “ Ke Arah Dunia Siber yang Positif”.
Perasmian tersebut telah disaksikan di platform rasmi facebook SKMM iaitu Klik Dengan Bijak.