Kelas ICT Bertemakan Astronomi

Pada 3 Februari 2023 (Jumaat), PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah kelas ICT bertemakan Astronomi bersama dengan dua buah Tabika Kemas iaitu Tabika Kemas Kg. Atas dan Kg. Tanjong Poting. Kelas ini telah dibahagikan kepada dua buah sesi bersama dengan pelajar Tabika Kemas masing-masing. Antara topik pembelajaran adalah seperti berikut:

A. Tayangan Video Mengenal Alam Semesta

Para pelajar telah menonton video mengenai kewujudan sistem solar yang dianggotai oleh matahari dan 8 buah planet yang lain.
Pelajar turut melihat cara pergerakan planet yang mengelilingi orbit dan matahari serta ekosistem galaksi dan bintang.

B. Colour With Paxi

Ini merupakan sesi mewarna bertemakan “Space Exploration” dari laman web European Space Agency (ESA) Kids.
Para pelajar telah diberikan masa untuk mewarnakan gambar yang dipilih menggunakan alatan dalam talian yang disediakan. Gambar-gambar tersebut bertemakan Ruang Angkasa.
Sesi ini memberikan para pelajar untuk mengasah kreativiti masing-masing disamping menguji kemahiran menggunakan tetikus.
Pelajar turut belajar mengenal warna dan mewarnakan elemen dengan warna yang betul.

C. Space Explorer Game

Ini merupakan sesi bermain permainan dalam talian dikenali sebagai Space Explorer melalui laman web Kids National Geographic.

Di dalam permainan ini, pelajar perlu mengumpul seberapa banyak bintang yang boleh di planet-planet yang ada dan harus mengelakkan rintangan seperti cabaran putiung beliung dan gunung berapi bagi menjayakan misi permainan.

Sesi ini membantu pelajar untuk meningkatkan daya koordinasi mereka dalam mengendalikan tetikus agar dapat fokus mencapai target objek.

Ianya turut memberi pelajar perasaan daya saing yang sihat sesama rakan sekelas.
D. Sesi Augmented Reality (AR) Sistem Solar

Ini merupakan sesi demonstrasi tayangan sistem solar secara tampilan Augmented Reality (AR) oleh pengurus PEDi.
Para pelajar turut dapat menyaksikan pergerakan planet mengelilingi orbit dan matahari secara realistik dan mewujudkan pembelajaran yang lebih imersif.

Petugas PEDi Tanjong Bowang amat berbesar hati dengan kesudian para pelajar serta pendidik Tabika Kemas yang telah menyertai kelas pada pagi ini dan sama-sama menimba ilmu. Kesemua para pelajar telah memberikan kerjasama yang baik dan berjaya menyiapkan tugasan masing-masing. Terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *