Penggunaan Job Portal

PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah Bengkel Penulisan Resume & Penggunaan Job Portal secara individu bersama dengan komuniti setempat.

Di dalam sesi bengkel ini, peserta telah didedahkan dengan topik pembelajaran seperti berikut:

a. Strategi Mencari Kerja
Peserta didedahkan dengan beberapa strategi yang boleh digunakan untuk mencari kerja seperti Bina Networking.
b. Ujian Personaliti Kerjaya
Peserta diberi peluang untuk menjawab soalan personaliti kerjaya menggunakan RIASEC Test dan Career Adapt Ability Scale (CAAS).
c. Bina Resume & Cover Letter
Peserta didedahkan dengan jenis Resume dan aplikasi Canva sebagai platform mudah untuk membina Resume.
Peserta turut diterangkan mengenai kepentingan mempunyai Cover Letter sebagai surat pengenalan dalam memohon kerja.
d. Permohonan Kerja Melalui Job Portal
Petugas PEDi Tj. Bowang memberikan demonstrasi dan bimbingan mengenai penggunaan platform cari kerja atas talian seperti Jobstreet, Jobstock, MyFutureJobs,SPA & E-Recruitment.
Petugas PEDi Tj. Bowang berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan kemahiran bersama para peserta dan berharap ilmu yang disampaikan bermanfaat. Terima kasih diucapkan dan selamat maju jaya.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *