Asas Perniagaan Digital

Pada Isnin – 6 Februari 2023, PEDi Batu Gong telah dijemput oleh PEDi Lubok Antu untuk menyampaikan perkongsian asas perniagaan digital semasa Program Keusahawanan bersama Giatmara Lubok Antu. Perkongsian ini berlansung selama 4 jam dari jam 8.00 pagi hinggan 12.00 tengah hari melalui aplikasi dalam talian google meet. Program telah dihadiri seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pelatih program automotif dan kimpalan di Giatmara Lubok Antu.

Antara pengisian program adalah perkongsian berkenaan dengan proses pendaftaran syarikat melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) khususnya untuk peniaga yang ingin berniaga secara dalam talian dan melalui pejabat daerah untuk kegunaan pendaftaran kedai fizikal. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan kepentingan untuk mendaftar syarikat serta perkngsian berkaitan jenis-jenis perniagaan berdasarkan undang-undang serta jenis-jenis perniagaan berdasarkan fungsi.

Dalam masa sama, peserta juga didedahkan dengan struktur perniagaan digital serta kelebihan dan kelemahan menjalankan perniagaan secara digital. Untuk aktiviti selingan, mereka dibawa untuk menjawab kuiz kahoot untuk menilai tahap pemahaman peserta.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

Peserta mampu memahami perniagaan digital.
Peserta mengetahui proses pendaftaran syarikat melalui SSM dan Pejabat Daerah.
Peserta mengetahui struktur perniagaan digital serta kelebihannya.
Peserta juga dikongsikan dengan ikon usahawan digital yang berjaya memasarkan produknya menerusi platform digital.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *