Pada Isnin – 6 Februari 2023, PEDi Batu Gong telah dijemput oleh PEDi Lubok Antu untuk menyampaikan perkongsian asas penulisan copywriting semasa Program Keusahawanan bersama Giatmara Lubok Antu. Perkongsian untuk sesi kedua ini berlansung selama 3 jam dari jam 2.00 petang hinggan 5.00 petang melalui aplikasi dalam talian google meet. Program telah dihadiri seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pelatih program automotif dan kimpalan di Giatmara Lubok Antu.
Antara pengisian program adalah perkongsian berkenaan dengan asas copywriting yang perlu digunakan untuk mempromosi produk di pelbagai platform digital. Perkongsian bermula dengan menerangkan konsep copywriting berteraskan 7 elemen penulisan. Seterusnya peserta juga didedahkan dengan contoh penulisan untuk kesemua elemen tersebut.
Dalam masa sama, peserta dibawa untuk melihat contoh penulisan copywriting yang memenuhi kesemua elemen tersebut di platform Facebook Page. Sebagai latihan penulisan, peserta dibimbing untuk menghasilkan ayat copywriting yang akan digunakan untuk mempromosikan produk yang akan dijual di platform digital.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
Peserta mengenal konsep copywriting.
Peserta mengetahui elemen penulisan yang perlu dimasukkan semasa menulis ayat copywriting.
Peserta mampu memberi idea penulisan untuk kesemua elemen copywriting.
Peserta dibimbing untuk menghasilkan ayat copywriting menggunakan Microsoft Word.