Pada 9 Februari 2023 (Khamis), PEDi Bekenu telah membuat satu video ringkas berkaitan dengan pengenalan e-Dagang. Tujuan utama video ini adalah untuk mendedahkan komuniti setempat terutamanya usahawan kecil mengenai platform Elektronik Dagang (e-Dagang) dalam mendigitalisasikan perniagaan mereka. Video ini telah dimuat naik di laman Facebook PEDi Bekenu dengan durasi video selama 2 minit 10 saat.
Perkongsian video ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.