Pada 11 Februari 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint dan Kuiz Kahoot Bahasa Inggeris. Kelas ini telah di hadiri oleh 9 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah supaya penguasaan dalam Bahasa Inggeris semakin dipraktikkan dalam kalangan peserta. Seterusnya, para peserta diberi bimbingan untuk memilih warna font, jenis font dan template yang sesuai untuk membezakan ayat dan maksud ayat. Hal ini supaya para peserta dapat memahami dan mengetahui maksud serta mempraktikkan dalam diri mereka. Seterusnya perisian dengan tayangan advokasi KDB dapat mendedahkan lagi mereka supaya berpada-pada dalam menggunakan telefon bimbit.
Disamping itu disertakan dengan kuiz kahoot yang berkaitan dengan topik yang telah dipelajari. Dengan adanya kelas dan kuiz kahoot tersebut, para peserta dapat mempraktikkan Bahasa inggeris dalam diri masing-masing.