PEDi Kg Karangan telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Lawang dan PEDi Repek dalam satu sesi perkongsian secara langsung di Streamyard dan FB untuk mengupas topik Scammer(Keldai Akaun). Taklimat ini dijalankan selama satu (1) jam bermula jam 11.10 pagi hingga 12.10 tengahari.
Keldai akaun adalah bermaksud individu yang membenarkan orang lain menggunakan akaun bank mereka digunakan oleh orang lain untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang. Kebiasaannya individu kesempitan atau golongan muda yang terdesak untuk mendapat wang denfan cara mudah akan terpedaya dan terperangkap menjadi keldai akaun tanpa menyedari akaun mereka terbabit dengan aktiviti penipuan kewangan. Setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan akaun bank mereka dengan memastikan setiap transaksi yang mereka lakukan adalah tidak menyalahi undang-undang kerana maklumat akaun adalah sulit dan tidak boleh dikongsi sewenangnya kepada sesiapa sahaja.
Sekiranya seseorang terjebak menjadi pemegang akaun keldai, individu boleh disekat daripada menggunakan akaun bank tersebut dan akaun berkenaan boleh ditutup oleh pihak bank. Individu tersebut juga akan mengalamai kesukaran untuk berurusan dengan pihak bank di masa hadapan. Malah, pemegang akaun keldai boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah sekira terbukti dengan sengaja menjadikan diri alat untuk melakukan transaksi untuk menyokong aktiviti yang menyalahi undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara. Pesanlah kepada rakan taulan dan sanak saudara supaya kita tidak terjebak dengan akaun keldai ini sama sekali.