Mengenali Haiwan Pra-Sejarah: Dinosaurs

PEDi Tj. Bowang telah mengadakan Kelas Digital Kids yang bertemakan pembelajaran haiwan Pra-Sejarah iaitu Dinosaurs dengan penyertaan seramai 5 orang pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti pembelajaran adalah seperti berikut:

  1. Tayangan video / slaid mengenali haiwan Pra-Sejarah Dinosaur.
    Pengurus PEDi Tj. Bowang memberi perkongsian kepada para pelajar berkenaan dengan hidupan dan jenis kumpulan Dinosaurs.
    Para pelajar turut telah menonton tayangan video berkenaan dengan Dinosaurs.
  2. Typing Game: Word Practice.
    Para pelajar telah dilatih untuk menaip perkataan dalam masa yang ditentukan melalui laman web Dino Typing.
    Melalui permainan ini, pelajar diuji keupayaan dan kepantasan menaip melalui markah yang terkumpul.
  3. Online Puzzle Dinosaurs.
    Para pelajar telah diberi peluang untuk bermain puzzle menggunakan laman web National Geographic Kids.
    Sesi ini telah menguji kebolehan pelajar untuk mengecam dan memadankan kepingan puzzle serta menguji ketangkasan pelajar mengendalikan tetikus.
  4. Virtual Tour Co-Spaces Edu.
    Di dalam sesi ini, pelajar telah diajar untuk menggunakan papan kekunci serta tetikus dalam meneroka Dinosaur Safari secara 3-dimensi di laman web CoSpaces Edu.
    Sesi ini memberi pelajar pengalaman meneroka alam maya Dinosaur dengan lebih imersif kerana reka bentuk 3-dimensi yang lebih realistik.
  5. Advokasi Klik Dengan Bijak: Permainan Atas Talian.
    Pengurus PEDi Tj. Bowang telah memberikan perkongsian beberapa jenis laman web E-Learning yang boleh digunakan untuk tujuan bermain sambil belajar.

    Para pelajar turut berpeluang bermain KDB Word Search untuk memperkasakan pengetahuan advokasi mereka.Terima kasih diucapkan kepada para pelajar yang telah menyertai kelas ini. Diharapkan kelas ini bermanfaat. Selamat maju jaya diucapkan.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *