Pada 19 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kuiz advokasi secara dalam talian menggunakan aplikasi Quizizz.com. Kuiz ini bertujuan untuk mendidik peserta mengenai advokasi terlebih kongsi.
Aplikasi Quizizz.com merupakan aplikasi percuma yang digunakan dalam pendidikan yang bersifat interaktif yang boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar. Kuiz yang telah disediakan juga dapat dikongsi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz berkenaan.
Dalam kuiz ini, peserta terpilih diminta untuk membuka link yang diberi dan mendaftar nama mereka. Para peserta dikehendaki untuk menjawab kesemua soalan berkaitan terlebih kongsi iaitu maksud, risiko dan prinsip asas menangani sikap terlebih kongsi. Jumlah mmarkah akan dipaparkan setelah mereka menyelesaikan setiap tugasan.