Kelas E-Learning yang bertempat di PEDi Pokok Sena telah menarik minat 32 orang peserta pada 4 Mac yang lalu. Kelas yang berlangsung selama dua jam ini telah diadakan mengikut tahap umur peserta yang rata-ratanya merupakan pelajar sekolah rendah.
Kelas ini telah mendapat banyak respon positif yang dikatakan memberi banyak manfaat kepada semua peserta untuk meningkatkan tahap penguasaan mereka di dalam ICT dan multimedia. Peserta-peserta juga mengakui bahawa teknik-teknik yang diajarkan dapat membantu mereka untuk lebih mahir di dalam ICT dan Multimedia. Kebanyakkan ibu bapa juga sangat berpuas hati kerana dengan adanya kelas ini akan dapat membantu anak-anak mereka untuk menguasai ICT dan multimedia yang tentunya akan diadaptasi di dalam sistem pembelajaran mereka.
Kesempatan selama satu jam ini digunakan oleh staff PEDi untuk memberi sedikit taklimat tentang Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta-peserta supaya mereka lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di dalam media sosial.