Kemahiran menggunakan perisian Microsoft Word sangat penting pada masa sekarang. Hal ini adalah kerana perisian berkenaan memudahkan tugas membuat dokumen seperti laporan, surat menyurat, minit mesyuarat, carta organisasi, dan sebagainya. Tidak seperti editor teks biasa, Microsoft Word juga memiliki ciri khas lain seperti pemeriksaan ejaan, pemeriksaan tata bahasa, pemformatan teks dan font, sokongan HTML, sokongan gambar, dan banyak lagi.
Oleh yang demikian, pada 9 Mac 2023, pihak PEDi Sibuti telah memuatnaik satu video kelas asas Microsoft Word di platform Facebook Page dan saluran Youtube. Objektif utama kelas atas talian berkenaan adalah untuk memberi penerangan khusus tentang asas-asas menggunakan Microsoft Word dengan betul.