E-Learning

Pengurus PEDi Tj. Bowang telah mengadakan sebuah sesi E-Learning bersama dengan dua orang kanak-kanak setempat berusia 6 dan 7 tahun.

Kanak-kanak ini telah memanfaatkan cuti sekolah mereka dengan hadir ke PEDi Tj. Bowang untuk menggunakan komputer bagi tujuan pembelajaran dalam talian melalui platform-platform yang berasaskan Education Game-Based.

Antara butiran sesi pembelajaran mereka ialah: a) Laman web National Geographic Kids:
Sesi bermain Online Puzzle.
Sesi bermain Matching Pairs di mana pelajar harus meneka dan memadankan kad yang sama.
Sesi bermain Ocean Maze.
b) Laman Web Online Colouring:
Sesi mewarna secara digital.
c) Laman Web Abcya:
Sesi permainan dekorasi kek secara digital.
Di dalam kesemua sesi ini, pelajar telah berjaya mengasah kemahiran menggunakan tetikus serta papan kekunci dalam menyelesaikan tugasan masing-masing.

Syabas diucapkan kepada pelajar dan selamat maju jaya diucapkan.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *