Bertempat di Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang, satu Program Advokasi Maklumat Palsu telah diadakan.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menambah pengetahuan mereka tentang maklumat palsu yang semakin hari semakin menular di alam maya.
Program yang diadakan pada 15 Mac 2023 ini, berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap program Advokasi Maklumat Palsu yang disampaikan ini bermanfaat.
Maklumat lanjut, sila layari http://seduanrantaupanjang.pimaxis.my/aktiviti/2023/15Mac23_150323.html