Pihak PEDi Tj. Bowang telah mengadakan Kelas Digital Kids yang bertemakan pembelajaran pengaturcaraan dengan menggunakan Scratch Programming. Bertarikh 18 Mac 2023, kelas ini telah disertai seramai enam orang pelajar berusia dari 7 tahun sehingga 11 tahun.
Di dalam sesi ini, pelajar telah didedahkan dengan topik seperti berikut:
-Pengenalan apa itu aplikasi Scratch.
-Mengenal fungsi-fungsi untuk asas pengaturcaraan di dalam Scratch.
-Menghasilkan animasi ringkas.
-Mengenal pseudokod.
Pihak penganjur berpuas hati kerana hasil daripada kelas tersebut, pelajar telah memberikan respon dan maklum balas yang baik terutama berkaitan dengan Scratch Programming. Pihak kami berharap semoga ilmu dan kemahiran yang disampaikan itu bermanfaat kepada pelajar semua.
Maklumat lanjut, sila layari http://tjbowang.pimaxis.my/aktiviti/2023/21Mac23_180323ii.html