Pada Sabtu 18 Februari 2023 yang lalu, PEDi Batu Gong telah mengadakan program keusahawanan iaitu bengkel penjagaan kulit wajah dengan kerjasama perunding kecantikan dari MaryKay. Bengkel berlansung selama 3 jam dari jam 10.00 pagi hinggan 1.00 petang. Program telah dihadiri seramai empat orang peserta yang terdiri daripada komuniti sekitar PPR Batu Gong.
Peserta telah didedahkan dengan cara penjagaan kulit wajah yang betul. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti hands spa, facial session, collagen session, lucky draw dan perkongsian peluang kerjaya dengan MaryKay. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan produk-produk baharu keluaran daripada MaryKay serta proses pendaftaran ahli baharu juga dibuat.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
-Peserta diberi pendedahan kepada tips penjagaan kulit wajah
-Peserta diberikan tips-tips cara gerakan untuk menggosok menggunakan pencuci muka dengan yang betul
-Peserta juga diberikan peluang untuk mencuba barang MaryKay secara pecuma
-Peserta juga dikongsikan dengan tips solekan yang betul
Maklumat lanjut sila layari http://batugong.pimaxis.my/aktiviti/2023/FaceCareFeb.html